Iftar PHI Bersama Komuniti

The event is finished.
Date
- 12 Apr 2023
- Event Ended
Time
- 6:00 pm - 8:00 pm
Location
Iftar PHI Bersama Komuniti
Penang Halal International telah menganjurkan Iftar bersama komuniti yang bertempat di Masjid Al Qahhar, Permatang Damar Laut Pulau Pinang. Program ini diadakan sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) PHI dalam menyantuni golongan yang memerlukan. Program ini juga dijayakan dengan kerjasama Pejabat ADUN Batu Maung, MPKK Permatang Damar Laut dan Jawatankuasa Masjid Al Qahhar. Penyampaian sumbangan voucher telah disampaikan oleh En Fazil Irwan Som, Ketua Pegawai Eksekutif PHI kepada 20 penerima yang terpilih dan majlis diteruskan dengan tahlil serta doa selamat sementara menunggu waktu berbuka.
Ia juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Hj Abdul Halim Hussain, Exco Perdagangan, Industri & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI, Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri selaku Pegawai Daerah Barat Daya, ahli lembaga pengarah dan pengurusan PHI serta tetamu jemputan.
Event QR Code

Event Organiser
Organizer
PHI
Phone
+6042616244 / +6042712544 / +60182712544Website
https://www.penanghalal.internationalSave to Calendar