Kenyataan Media-Pra Pengumuman PIHEX 2024

Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024 kali ke-13, yang sebelum ini dikenali sebagai Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) akan berlangsung pada 5 hingga 8 Disember 2024 di Tapak Gravitas, Jalan Baru Perai. Berubah daripada jadual asal yang diiklankan, iaitu pada 28 November – 1 Disember. PIHEX 2024 bertemakan Pemerkasaan Ekonomi Global Melalui Halal.
Buat julung kalinya, bagi “merakyatkan” PIHEX2024 ia diadakan di daerah Seberang Perai yang selama ini diadakan di Dewan Tertutup Spice Arena, Bayan Baru. Lebih istimewa, PIHEX kali ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim dijadualkan pada 7 Disember 2024 pada jam 11.00 pagi. Beliau adalah Perdana Menteri pertama ke PIHEX sejak berlangsung 12 tahun lalu. Ia sebagai tanda sokongan padu Kerajaan Persekutuan ke atas perkembangan industri halal, khususnya di Pulau Pinang. Terima kasih Perdana Menteri

Sumber : https://www.facebook.com/share/p/1CKfm6BxNU/