Perutusan Pengerusi PHI
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam Penang 2030 & Salam Malaysia Madani.

Selamat datang saya ucapkan kepada semua pelawat laman sesawang Penang Halal International. Selaku Pengerusi PHI, saya ingin mengambil peluang mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja PHI yang begitu komited menggerakkan PHI sebagai sebuah organisasi yang berperanan penting dalam mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) kepada seluruh organisasi sama ada terlibat dalam sektor industri dan entiti perniagaan yang beroperasi di Pulau Pinang.

Seiring dengan visi Penang 2030, kerajaan negeri telah memperkenalkan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang (APAI2030) yang menjadi teras dan gagasan utama bagi pelan tindakan memartabatkan syiar Islam berdasarkan lima (5) TERAS UTAMA iaitu Pembangunan Sosioekonomi, Pembangunan Pendidikan, Pembangunan Keluarga, Pembangunan Anak Muda, dan Pembangunan Dakwah & Tarbiah.

Di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi melalui Strategi ke-2 Pengembangan Ekonomi Melalui Ekosistem Ekonomi Halal telah menggariskan tiga (5) inisiatif dan pelan tindakan iaitu Memperkukuhkan Rantaian Bekalan Halal (Halal Supply Chain), Mempromosikan Gaya Hidup Berteraskan Halal, Integrasi Antara Agensi Islam & Sistem Penyampaian Maklumat Agensi-Agensi Islam, Mewujudkan Institut Kajian Halal Serantau (IKHLAS), dan Membangunkan Sistem Pengesanan (Traceability) Halal Berteknologi Digital sekaligus akan menyumbang kepada peningkatan nilai-nilai Islam di negeri Pulau Pinang.

Saya berdoa kehadrat Allah SWT semoga PHI dapat meneruskan kecemerlangan dan berterusan mempertingkatkan prestasi, program serta aktiviti demi memastikan visi, misi, aspirasi dan objektif PHI tercapai sebagaimana yang dihasratkan.

Sekian, salam hormat.

YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Merangkap
Pengerusi Penang Halal International