Awani :- Patuhi Sop Ketat Agar Bazar Ramadan Boleh Diteruskan – Chow Kon Yeow

Share

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menggesa orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan sepanjang bulan Ramadan ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi SOP, memandangkan kes COVID-19 dilihat semakin meningkat dalam negara sejak kebelakangan ini.
“Kita gembira kerana Pulau Pinang dibenarkan mengadakan bazar Ramadan, namun sama ada kebenaran itu akan diberikan terus sepanjang bulan Ramadan ini, ia bergantung kepada tindakan kita sendiri dalam pematuhan SOP,” katanya.