Frequently Asked Questions (FAQ) on Halal Certificates in Penang, Malaysia

Kadar fi pensijilan halal Malaysia adalah berdasarkan skim dan kategori industri iaitu seperti jadual berikut:

FAQ - test 1

Manakala fi pensijilan yang melibatkan syarikat dan / atau pemohon yang berdaftar di luar negara dan menjalankan pengilangan produk di dalam negara adalah dikenakan bayaran seperti berikut:

FAQ - test 01 01

Berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM, Domestik 2020). Syarat- syarat pensijilan halal Malaysia ialah seperti berikut:

  1. Memiliki Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang masih sah daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Perakuan Pendaftaran Koperasi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau Dokumen Penubuhan di bawah Akta Parlimen atau Kementerian masing-masing dan lain-lain agensi Kerajaan (yang mana berkiatan);
  2. Memiliki lesen atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan atau surat sokongan yang masih sah daripada mana-mana agensi Kerajaan;
  3. Memiliki Perakuan Pendaftaran Premis Makanan yang masih sah daripada BKKM (jika berkaitan);
  4. Memiliki Skim Pensijilan Veterinar / surat perakuan/ surat sokongan darioada JPV (jika berkaitan)
  5. Memilki Lesen Pengilang yang masih sah daripada NPRA (jika berkaitan)
  6. Memiliki Lesen Establismen daripada MDA (jika berkaitan)
  7. Beroperasi sepenuhnya sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan SPHM bagi permohonan baharu;
  8. Beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) bulan di premis baharu bagi syarikat yang berpindah lokasi
  9. Mengeluar dan/ mengendalikan produk halal sahaja termasuklah produk dagangan (trading product) serta mematuhi piawaian halal yang ditetapkan;
  10. Membuat permohonan SPHM ke atas semua jenis produk/ menu yang dihasilkan di premis berkenaan;
  11. Mengemukakan sijil halal yang diiktiraf dan masih sah laku bagi permohonan pembungkusan semula produk; atau mengemukakan dokumen sokongan yang jelas menyatakan sumber bahan (bagi bahan semula jadi sahaja); dan
  12. Nama syarikat, produk, menu, ramuan dan jenama produk yang dimohon hendaklah tidak menggunakan pernyataan ‘halal’ atau sebarang representasi atau diperihalkan dengan cara lain yang menunjukkan ia boleh digunakan oleh orang islam

Untuk mendapatkan maklumt lanjut mengenai bahan ramuan yang telah dipersijilkan halal di Pulau Pinang ataupun di seluruh Malaysia:

  1. Layari direktori halal di laman sesawang halal.gov.my
  2. Muat turun (download) apps Smart Halal / verify halal

Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sijil halal syarikat asal kerana telah berlaku proses pembungkusan semula di kilang repacker. Kilang repacker wajib membuat permohonan pensijilan halal sendiri.

Boleh layari portal rasmi JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my di bahagian Foreign Halal Certification Body (FHCB) untuk membuat semakan. Terdapat senarai badan islam luar negara yang diiktiraf JAKIM yang boleh dijadikan rujukan.

Agensi atau pihak berkuasa yang terlibat dalam pelabelan dan pembungkusan produk ialah BKKM dan KPDN.

Sila rujuk Manual Prosedur Pensijlan Halal Malaysia (Domestik) 2020 dalam portal rasmi JAKIM di laman sesawang www.halal.gov.my di bahagian Certification & Procedur

Bayaran pensijilan Halal Malaysia untuk permohonan di Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut:FAQ - test 01

Bahan ramuan kritikal ialah bahan ramuan yang boleh berunsurkan daripada sumber haiwan

Setelah semakan dokumen selesai dan caj bayaran fi pensijilan dikeluarkan melalui sistem permohonan, pemohon perlu membuat bayaran fi pensijilan tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja

Bahagian Halal akan maklumkan kepada pemohon melalui emel dan panggilan telefon untuk mengambil sijil tersebut di pejabat Bahagian Pengurusan Halal, Pulau Pinang, Tingkat 44, Komtar

Harga bayaran kursus tauliah dan asas sembelih adalah seperti jadual berikut:

FAQ - test 1 01

Sekiranya pihak syarikat ingin melakukan proses sertu, pihak syarikat perlu menjemput wakil daripada Bahagian Halal bagi pemantauan ke atas proses sertu yang dijalankan

Ya, penggunaan nama produk yang tidak relevan atau merujuk kepada produk tidak halal atau sinonim atau menyerupai dengan produk tidak halal atau apa-apa istilah mengelirukan boleh menjejaskan permohonan sijil halal Malaysia

Peniaga food truck boleh membuat permohonan halal sekiranya memenuhi kriteria seperti permohonan di bawah Skim Produk Makanan dan Skim Premis Makanan

Manakala bagi penjaja jalanan masih belum memenuhi syarat dan kriteria untuk dipersijilkan halal.

Proses audit adalah bagi syarikat dibawah kategari kritikal (hotel, rumah sembelihan, produk makanan yang melibatkan bahan ramuan berasaskan haiwan) dan permohonan baharu (tiada sejarah permohonan) dan tempoh audit akan dijalankan setelah bayaran fi pensijilan diterima dalam tempoh 30 hari bekerja

3- 6 bulan setelah permohonan pihak syarikat diluluskan atau bergantung kepada situasi / sejarah permohonan syarikat

Fungsi audit: Pengauditan kecukupan untuk menyemak dan menilai borang permohonan myehalal serta dokumen sokongan yang diterima daripada syarikat / pemohon dan menjalankan audit lapangan ke atas syarikat yang membuat permohonan pensijilan halal dan memastikan syarikat tersebut menepati keperluan prosedur pensijilan halal malaysia

Fungsi pemantauan: Pemeriksaan secara terancang dan berterusan dari semasa ke semasa ke atas pemegang SPHM bagi nmemastikan pihak syarikat komited dalam prosedur pensijilan halal dan menilai kepatuhan terhadap prosedur pensijilan halal Malaysia serta perundangan dan peraturan berkaitan

Pihak syarikat perlu bersedia sepenuhnya dan memahami syarat, prosedur serta kriteria pensijilan halal Malaysia.

Fungsi Lampiran F adalah untuk memudahkan semakan dokumen dan mempercepatkan proses pensijilan halal Malaysia

Permohonan penambahan menu hanya dibenarkan bagi skim Premis makanan sahaja untuk sijil yang masih sah tempoh.

Sekiranya pihak syarikat ingin membuat penambahan produk bagi skim lain perlu membuat permohonan baharu