PHI foodpanda

Share

Pulau Pinang, 17 April 2020 – foodpanda, peneraju platform makanan atas talian telah bekerjasama dengan Penang Halal International untuk melancarkan E-Bazaar Ramadan di negeri tersebut.Penang Halal International adalah anak syarikat kepada entiti negeri, Penang Development Corporation. Ketika Malaysia mahu semua terus kekal mengamalkan penjarakkan sosial yang kini memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), foodpanda juga ingin memastikan penduduk-penduduk di sekitar Pulau Pinang masih boleh memesan juadah-juadah kegemaran mereka sepanjang Ramadan, di samping membantu perniagaan pematuhan halal mendekati para pelanggan mereka.
Budaya berkunjung ke Bazaar Ramadhan telah menjadi satu tradisi yang sentiasa dinantikan oleh semua lebih-lebih lagi bila tibanya bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, pada waktu sebegini, foodpanda ingin menggalakkan penduduk di Pulau Pinang untuk kekal berada di rumah dan menjaga diri di samping tetap berpeluang menikmati juadah-juadah Buka Puasa yang istimewa.

“Negeri Pulau Pinang bersama dengan Penang Halal International mengambil inisiatif untuk memberi sokongan buat para peniaga bekerjasama dengan pakar industri, di mana foodpanda akan membantu komuniti peniaga yang banyak bergantung pada bulan Ramadan dengan memberikan penyelesaian yang inovatif. Penduduk-penduduk di Pulau Pinang bakal disajikan dengan platform penghantaran servis khas dalam keadaan yang mencabar dan juga sepanjang tempoh PKP yang kini sedang berlangsung,” kata YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Sejajar dengan ‘Next Normal Penang Strategy’ kami, saya juga berharap bahawa melalui platform foodpanda, kami dapat mendorong lebih banyak perniagaan Halal menggunakan peluang ini untuk merangkul sepenuhnya masa depan perniagaan dalam teknologi yang didorong oleh teknologi dunia, ”tambahnya.