Sesi Penerangan Di Majlis Taklimat Skim Peka 3.0
Penang Halal International, agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah dijemput untuk memberi taklimat di dalam Majlis Taklimat Skim PEKA 3.0 anjuran Pejabat MMK Pulau Pinang (Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan).
Mewakili PHI adalah En Mohamad Khairil bin Ahmad, pegawai bertugas dan turut memberi penerangan berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi ini. Antara agensi yang turut hadir untuk memberikan taklimat adalah Penang Development Corporation, Bank Negara Malaysia Pulau Pinang, dan SME Corp Pulau Pinang.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan merangkap Pengerusi Penang Halal International dan dihadiri seramai 300 orang peserta dari seluruh Pulau Pinang.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!