Pada 17 April 2026- Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang telah melaksanakan semakan terakhir permohonan MyEHalal bagi syarikat di bawah bimbingan PHI iaitu Mami Ruby Enteprise yang mengusahakan premis makanan dan katering.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak syarikat serta didoakan agar permohonan MyEHalal akan dapat diterima dengan jayanya.
Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.











