6 Januari 2026 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan lawatan pensjilan halal kotej Pulau Pinang ke syarikat Silatulrahim Enteprise yang menghasilkan produk Mee Sanggul Azman dan beroperasi di Kampung Guar Kepayang, Kepala Batas.

Dalam lawatan yang turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI, syarikat telah menerima bimbingan dari sudut tatacara permohonan pensijilan halal Malaysia yang perlu dipatuhi serta penyediaan dokumen sokongan

23 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melakukan kunjungan ke rumah Mak Tom yang menghasilkan produk dodol tradisional dan beroperasi di Permatang Nibong, Seberang Jaya.

Lawatan ini juga turut disertai En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama kakitangan PHI yang juga telah melaksanakan bimbingan pensijilan halal merangkumi penerangan dan tatacara dalam memohon SPHM dan pada masa yang sama, lawatan ini juga turut melibatkan para pelatih industri yang sedang menjalani latihan di PHI sebagai pendedahan tentang senario industri halal yang sedang berlaku kini.

21 Disember 2025 – Penang Halal International telah menyertai Kembara Zakat MAINPP bertempat di Masjid Al-Huda Sungai Ara. Pada masa yang sama, PHI juga telah telah memperkenalkan Skim Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang yang digerakkan bersama-sama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP.

16 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai Foodpreneur Global Summit 2025 bersempena dengan penganjuran Foodpreneur Expo yang bertempat di Setia SPICE Convention Centre, Bayan Baru.

Mewakili PHI adalah Pn Isharina Basri, Penolong Pengurus dan antara perkongsian yang telah diberikan adalah berkaitan usaha PHI dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP dalam mempromosikan Sijil Halal JAKIM seterusnya menyasarkan peningkatan jumlah pemegang sijil halal di Pulah Pinang.

12 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menghadiri Mesyuarat Panel Pensijilan Halal Negeri Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Selaku ahli mesyuarat panel pensijilan halal, PHI telah diwakili En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan status permohonan terkini pensijilan halal melibatkan industri di negeri Pulau Pinang.

11 Disember 2025- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai mesyuarat bersama Maybank Islamic bertempat di Menara Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI turut sama-sama menyertai mesyuarat ini. Antara intipati perbincangan yang telah diadakan adalah berkaitan kerjasama bagi merancakkan industri halal di Pulau Pinang khususnya melalui inisiatif yang akan digerakkan pada tahun 2026.

7 Disember 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang telah menganjurkan Bootcamp Usahawan Bumiputera Pulau Pinang siri 2/2025 bertempat di Institut Latihan Islam Pulau Pinang (ILIPP).

Dihadiri seramai 90 orang peserta meliputi usahawan Bumiputera Pulau Pinang dari pelbagai sektor, program ini telah bermula dengan sesi ceramah Seminar Kenegaraan Malaysia & Pembangunan Usahawan MADANI yang telah disampaikan oleh En Muhammad Kamarul Naim Abdullah dari Lembaga Penduduk & Pembangunan Negara (LPPKN) Pulau Pinang.

27 November 2025 – Sedang berlangsungnya acara Penang Halal & Heritage Carnival anjuran Penang Halal International yang bertempat di Empangan Mengkuang, Penanti pada 27 November hingga 30 November 2025 (Khamis – Ahad).

Terdapat pelbagai gerai jualan turut disediakan dan aktiviti menarik untuk para pengunjung. Acara ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI yang turut sama menyantuni para peniaga dan pengunjung diiringi En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI

19 November 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bil. 3/2025 bertempat di Hotel Bayview.

Mesyuarat telah dipengerusikan YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi PHI dan turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah.

En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah membentangkan laporan terkini aktiviti agensi dan pelbagai perkara turut dibincangkan khususnya berkaitan perkembangan dan perancangan akan datang.