BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL
Pada 19 Ogos 2026, Penang Halal International telah melaksanakan lawatan serta bimbingan pensijilan halal Malaysia kepada premis makanan kantin SMK Batu Kawan bagi memperkasa usahawan serta memperkukuh ekosistem halal di Pulau Pinang.
PHI juga turut melaksanakan khidmat dan bimbingan secara langsung kepada pengusaha berkaitan keperluan Pensijilan Halal Malaysia, termasuk aspek dokumentasi, pengurusan bahan mentah, proses pengeluaran serta pematuhan di premis.
Inisiatif ini turut menyokong Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (API 2030) melalui Teras Sosioekonomi, yang memberi penekanan kepada usaha memperkasa ekonomi umat Islam, meningkatkan daya saing usahawan serta membangunkan ekosistem ekonomi halal yang lebih kukuh dan mampan.




