Pada 11 Ogos 2026, Penang Halal International (PHI) dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pulau Pinang telah melaksanakan Taklimat Pensijilan Halal Kotej bersama usahawan-usahawan bimbingan AIM bertempat di Pejabat AIM Tasek Gelugor, Kepala Batas.

Program ini melibatkan penyertaan seramai 20 orang usahawan wanita yang mengusahakan pelbagai produk dan perkhidmatan dari rumah serta premis perniagaan masing-masing. Taklimat ini memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai kepentingan pensijilan halal serta langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi dan produk mereka memenuhi keperluan pensijilan Halal Malaysia.

Turut hadir ialah En. Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI, yang menyampaikan kata-kata semangat dan dorongan kepada para usahawan agar terus berusaha memperkukuh serta meningkatkan kualiti perniagaan, di samping menjadikan pensijilan halal sebagai salah satu langkah penting dalam membina keyakinan pengguna, meningkatkan daya saing dan memperluaskan potensi pasaran.

Dalam sesi yang sama, kakitangan PHI turut memberikan bimbingan secara praktikal kepada para usahawan dengan membantu proses pendaftaran akaun syarikat dalam sistem MyEHalal JAKIM serta FoSIM, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai sebahagian daripada persediaan ke arah pematuhan keperluan berkaitan pensijilan dan keselamatan makanan.

Inisiatif sebegini mencerminkan komitmen PHI dalam mendekati usahawan di peringkat akar umbi, khususnya usahawan mikro dan wanita, dengan menyediakan bimbingan serta sokongan secara langsung agar mereka lebih bersedia untuk melangkah ke tahap perniagaan yang lebih tersusun, diyakini dan berdaya saing.

Pada 6 Ogos 2026, Penang Halal International telah menghadiri Kursus Asas Sembelihan yang telah dikelolakan Syarikat Nasmir Sdn Bhd dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI) serta kakitangan PHI.

Kursus asas yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan berkaitan kaedah penyembelihan haiwan mengikut hukum syarak serta amalan terbaik bagi mematuhi kehendak pensijilan halal.

Sepanjang program ini berlangsung, turut diadakan taklimat ringkas berkaitan aspek kebajikan haiwan, keselamatan makanan, kesihatan awam, dan pematuhan hukum syarak merangkumi peringkat sebelum, semasa, dan selepas sembelihan di rumah sembelih atau pusat yang diiktiraf yang telah disampaikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Pada 2 Ogos 2026, delegasi Pulau Pinang telah menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Pekan Raya Sumatera Utara (PRSU) 2026 yang telah disempurnakan oleh H.S. Surya selaku Wakil Gubernur Sumatera Utara.

Penang Halal International turut berperanan sebagai agensi penyelaras bagi minggu akhir di Pavilion Pulau Pinang. Di dalam acara ini juga turut ditampilkan produk halal “Made In Penang” yang merangkumi produk makanan dan minuman, produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perkhidmatan. Penganjuran acara ini juga merupakan platform strategik untuk memperluaskan pasaran, membina rangkaian kerjasama baharu dan membuka peluang kepada usahawan Pulau Pinang menembusi pasaran Indonesia.

YB Dato Hj Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang bersama delegasi turut melawat Pavilion Pulau Pinang dan mengadakan perjumpaan bersama usahawan bagi mendapatkan maklum balas serta dapatan melalui penyertaan ke acara ini.

Pada 31 Julai 2026, Penang Halal International dengan kerjasama Maybank Islamic Malaysia dan Maybank Syariah Indonesia telah melaksanakan program HalalBiz Networking yang menghimpunkan syarikat serta usahawan dari Pulau Pinang dan Medan bertempat di Four Point by Sheraton, Medan.

Program ini menghimpunkan pemain industri halal dari Pulau Pinang dan Medan sebagai platform untuk mengukuhkan jaringan perniagaan, meneroka peluang perdagangan dan pelaburan, serta memperluaskan kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal antara Malaysia dan Indonesia.

Acara ini juga telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Pulau Pinang dan turut dihadiri delegasi Pulau Pinang

Pada 31 Julai 2026, delegasi Pulau Pinang diketuai YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Keusahawanan Pulau Pinang telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama YBrs Tuan Shahril Nizam Abdul Malek (Konsul Jeneral Malaysia di Medan) bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Medan.

Hadir sama di dalam lawatan ini ialah Sahibus Samahah Prof Madya Dato Dr Mohd Sukki Othman (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang), YBhg Dato Rosidi Hussain (Setiausaha MAINPP), YBhg Dato’ Hj Mohd Asri Baharum (Pengurus Besar PERDA), Tuan Mohd Hanif bin Omar @ Wahab (Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP), YBhg Datuk Ridzwan Bakar (Ahli Lembaga Pengarah PHI) dan En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI).

Perbincangan yang telah diadakan juga memberi fokus kepada usaha memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia dalam industri halal, di samping meneroka potensi kerjasama strategik antara Pulau Pinang dan Sumatera Utara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan usahawan serta pengembangan ekosistem halal.

Pada 28 Julai 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada premis makanan Curry Lai yang beroperasi di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia. Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal. Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.

Pada 28 Julai 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi lawatan delegasi Pulau Pinang ke Pekan Raya Sumatera Utara yang telah dilaksanakan dari 3 Julai hingga 2 Ogos 2026.

Mesyuarat penyelarasan ini turut melibatkan kerjasama Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan telah dihadiri Encik Muhammad Amir Azam bin Mohd Hafiz selaku Ketua Canseri / Konsul. Antara perkara yang dibincangkan berkaitan pengaturan lawatan delegasi ke Kota Medan khususnya berkaitan program-program yang telah dirancang bersama institusi setempat.

Dengan berlabuhnya tirai Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026, pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh pengunjung, usahawan, pameran, agensi kerajaan & swasta, serta rakan strategik yang menjayakan ekspo kali ini! ❀️

Sepanjang 3 hari berlangsung (24 – 26 Julai 2026), sambutan dan kehadiran anda semua tersangat luar biasa dan sungguh memeriahkan suasana di Politeknik Seberang Perai!

Pihak penganjur juga memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program ini.

Semoga ekosistem industri halal negara kita terus kukuh dan berkembang pesat.

πŸ‘‹ JUMPA ANDA LAGI DI PIHEX EDISI AKAN DATANG! πŸš€βœ¨

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menjunjung kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Mulia Toh Puan Raja Dato’ Seri Utama Noora Ashikin binti Raja Abdullah atas kesudian melawat Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026!

Kehadiran TYT Tun dan YM Toh Puan melawat gerai-gerai pameran, menyapa para usahawan, serta menyaksikan sendiri pelbagai produk dan inovasi halal sungguh menyemarakkan lagi suasana ekspo dan memberi dorongan semangat yang cukup besar buat seluruh warga kerja serta usahawan yang terlibat.

Moga Tuan Yang Terutama Tun dan Yang Mulia Toh Puan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan senantiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Terima kasih TYT Tun dan YM Toh Puan atas sokongan yang tidak terhingga! πŸ™βœ¨

Hari ini adalah hari terakhir Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026! Bagi anda yang belum sempat mai, inilah peluang terakhir untuk ajak sekeluarga dan kawan-kawan beramai-ramai! πŸŽ‰βœ¨

Banyak jualan pembersihan stok (clearance), promosi hebat, dan aktiviti menarik menanti anda sebelum pameran melabuhkan tirainya petang ini! πŸ›οΈπŸ”₯

🌟 Kenapa Anda Kena Mai Hari Ini?

πŸ›’ Jualan RAHMAH, Jualan Promosi & Diskaun Khas Hari Terakhir: Dapatkan barangan halal pada harga terbaik!

🎁 Cabutan Bertuah Terakhir: Mana tahu rezeki anda bawa pulang hadiah utama!

🍲 Pameran & Kulinari Halal: Makanan & produk terkini tempatan serta antarabangsa.

🎈 Aktiviti & Persembahan Menarik: Sesuai untuk seisi keluarga!

πŸ—“ Tarikh: Hari Ini! 26 Julai 2026 (Ahad)

πŸ“ Lokasi: Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh

Jangan lepas peluang ini, mai cepat sebelum pintu pameran ditutup! Jumpa anda di PIHEX 2026! πŸ‘‹πŸ”₯