KUNJUNGAN HORMAT KE KONSULAT JENERAL MALAYSIA MEDAN
Pada 31 Julai 2026, delegasi Pulau Pinang diketuai YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol selaku EXCO Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi & Keterjaminan Makanan Dan Keusahawanan Pulau Pinang telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama YBrs Tuan Shahril Nizam Abdul Malek (Konsul Jeneral Malaysia di Medan) bertempat di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Medan.
Hadir sama di dalam lawatan ini ialah Sahibus Samahah Prof Madya Dato Dr Mohd Sukki Othman (Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang), YBhg Dato Rosidi Hussain (Setiausaha MAINPP), YBhg Dato’ Hj Mohd Asri Baharum (Pengurus Besar PERDA), Tuan Mohd Hanif bin Omar @ Wahab (Ketua Penolong Pengarah JHEAIPP), YBhg Datuk Ridzwan Bakar (Ahli Lembaga Pengarah PHI) dan En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI).
Perbincangan yang telah diadakan juga memberi fokus kepada usaha memperkukuh hubungan Malaysia–Indonesia dalam industri halal, di samping meneroka potensi kerjasama strategik antara Pulau Pinang dan Sumatera Utara, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan usahawan serta pengembangan ekosistem halal.




