24 September 2025 – Bersempena dengan Penang Week di Pavilion Malaysia, Majlis Perasmian yang diadakan pagi ini , dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Persembahan Boria yang diadakan amat memukau semua pengunjung yang hadir ke Pavilion Malaysia. Sementara itu, turut diadakan juga majlis pertukaran MOU, dan gimik perasmian oleh Silicon Island dihadapan YAB Tuan Chow Kow Yeow. Kai bebesar hati ,jika pengunjung disini ingin datang melawati negeri Pulau Pinang

22 September 2025 – Pocket talk yang diadakan di Pavilion Malaysia bersempena “Penang Week” disampaikan oleh Ybrs Tuan Mohd Azraie Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International mendapat sambutan yang mengalakkan.

Tuan Azraie juga memberi informasi kepada pengunjung tentang Penang antara negeri yang mempunyai 9 Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM).

Juga menceritakan bawa, Pulau Pinang muncul sebagai hab halal serantau dengan ekosistem lengkap merangkumi pengeluaran, perkhidmatan, infrastruktur, sokongan kerajaan dan modal insan.

Dengan 1,935 pemegang sijil halal serta nilai eksport halal mencecah RM3.56 bilion pada 2024, Penang Halal International menjadi jambatan penting menghubungkan pasaran global, termasuk Jepun, melalui pensijilan dan pembangunan industri halal yang menyeluruh.

22 September 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah melaksanakan sesi taklimat kepada usahawan-usahawan yang akan menyertai MIHF pada 16-19 Oktober 2025 bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka.

Turut hadir sama mewakili Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICU JPM ialah En Norhisham Ramli (Timbalan Pengarah) dan Pn Nur Atiqah Ariffin (Penolong Pengarah) manakala PHI diwakili En Mohamad Khairil bin Ahmad (Pengurus) dan kakitangan.

Pada masa yang sama, majlis turut menyerahkan surat tawaran menyertai MIHF25 kepada usahawan terpilih yang akan mewakili Pavilion Pulau Pinang. Semoga berjaya diucapkan kepada semua usahawan!

19 September 2025- MIHAS 2025 dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Memetik dari beberapa ucapan dari Beliau harini,

Kerajaan Madani akan terus proaktif memposisikan industri halal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara terutama dalam perbincangan perdagangan dalam setiap misi pelaburan dan libat urus dua hala. Malaysia telah mengekalkan kedudukan teratas dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) selama 11 tahun berturut-turut.

Kecemerlangan Malaysia amat ketara dalam kewangan Islam, makanan halal serta media dan rekreasi. Ini adalah hasil usaha bersepadu kerajaan untuk meletakkan industri halal sebagai antara tonggak utama pertumbuhan strategik negara. Beliau juga menegaskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sejumlah dana yang besar telah diperuntukkan bagi meningkatkan pertumbuhan sektor halal.

18 September 2025 – Penang Halal International membuat kunjungan ke MIHAS yang telah berlangsung dari 17 – 20 Sept 2025 di MITEC, KL.

Dalam lawatan yang kami adakan, turut dihadiri oleh Ybrs. Tuan Mohd Azraie Ramli, CEO PHI, Ybhg. Tan Sri Khalid Ramli, Ybhg. Datuk Hj Mohd Asri serta Ybhg Dato’ Seri Hj Abdul Halim Hussain.

Kunjungan ini turut memberikan sedikit sebanyak sokongan dan dorongan kepada usahawan-usahawan dari Pulau Pinang yang menyertai MIHAS dibawah seliaan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (ICU, Jabatan Perdana Menteri).

10 September 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Pensijilan Halal Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertempat di Ibu Pejabat PDC.

PHI telah diwakili oleh En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai terlibat. Antara agenda yang dibincangkan bersama YBhg. Dato Aziz bin Bakar adalah berkenaan cadangan pembangunan industri halal antara PHI dan PDC serta cadangan mempromosi Penang Halal Industrial Park pada World Expo Osaka yang akan berlangsung pada bulan September ini.

28 Ogos 2025 – Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi industri halal telah melaksanakan sesi pitching dan pemilihan usahawan yang akan menyertai Melaka International Halal Festival 2025 di bawah Penang Pavilion.

Sesi pitching ini juga turut dihadiri dan dinilai oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dan PHI. Mewakili MPBPP ialah En Norhisham Ramli, Timbalan Pengarah MPBPP manakala PHI ialah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif bersama pegawai terlibat.

Seramai 16 syarikat dari pelbagai sektor halal – makanan & minuman, kosmetik, farmaseutikal, teknologi dan logistik telah menghadiri sesi pitching ini.

26 Ogos 2025- para pegawai Penang Halal International berpeluang menimba pengalaman mendalami ilmu dan pengetahuan bersama Seksyen Kualiti Bahagian Pengurusan Halal JAKIM bertempat di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya.

Sepanjang sesi yang dikendalikan oleh pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, para pegawai telah didedahkan berkenaan pemantauan kompetensi dan prestasi juruaudit khususnya semasa proses pengauditan dan pemantauan permohonan serta pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

20 Ogos 2025 – para pegawai Penang Halal International berpeluang menimba pengalaman mendalami ilmu dan pengetahuan bersama Seksyen Audit, Bahagian Pengurusan Halal JAKIM bertempat di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya.

Sepanjang sesi yang dikendalikan oleh pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, para pegawai telah didedahkan berkenaan proses-proses pengauditan yang dijalankan oleh JAKIM.

Pada masa yang sama, Unit Persampelan di bawah Seksyen Audit turut menjalankan demonstrasi pengambilan sampel dari premis dan syarikat yang memohon sijil halal bagi tujuan analisis pihak JAKIM di Malaysia Halal Analysis Centre (MyHAC).

19 Ogos 2025  – Para pegawai Penang Halal International berpeluang menimba pengalaman mendalami ilmu dan pengetahuan bersama Seksyen Sijil Bahagian Pengurusan Halal JAKIM bertempat di Ibu Pejabat JAKIM, Putrajaya.

Sepanjang sesi yang dikendalikan oleh pegawai Bahagian Pengurusan Halal JAKIM, para pegawai telah didedahkan berkenaan proses-proses berkaitan persediaan sebelum memasuki mesyuarat panel pensijilan halal JAKIM serta pasca pensijilan.

Para pegawai juga turut berpeluang untuk melawat Bahagian Percetakan Sijil Halal JAKIM serta diberi penerangan berkenaan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada sijil halal Malaysia yang dikeluarkan JAKIM.