GEORGE TOWN, 28 April 2026 – Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang bersama Penang Halal International telah menerima kunjungan daripada His Excellency Michael Wehi Mailetonga Walsh, New Zealand High Commissioner to Malaysia pada 28 April 2026, jam 11.30 pagi. Majlis perjumpaan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Turut hadir bersama His Excellency ialah Ms. Najla Bustaman, Policy Advisor, New Zealand High Commission Kuala Lumpur.
Majlis ini juga turut disertai oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, wakil Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, wakil Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) iaitu dari AKPS NBCT, Pengarah Matrade Pulau Pinang, wakil Penang Development Corporation (PDC), Presiden Pertubuhan Usahawan Muslim Pulau Pinang, wakil Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana (SAMENTA), Pengarah Urusan Syarikat Pak Ali Food Sdn. Bhd, YBhg Dato’ Dastagir @ Salim bin Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah, Zakat MAINPP, wakil KITAB dan lain-lain lagi.
Fokus perbincangan adalah mengenai inisiatif perdagangan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan New Zealand termasuk berkaitan industri halal. Majlis yang berlangsung hampir dua (2) jam berakhir dengan majlis penyampaian cenderamata.
Semoga jalinan kerjasama strategik antara Malaysia dan New Zealand akan terus berpanjangan untuk kesejahteraan bersama.
Pada 27 April 2026, Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang telah melaksanakan semakan terakhir permohonan MyEHalal bagi syarikat Nur & Nur Delights yang mengusahakan produk makanan berasaskan pastri.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak syarikat serta didoakan agar permohonan MyEHalal akan dapat diterima dengan jayanya.
Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.
Pada 24 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menyertai mesyuarat bersama pasukan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) secara atas talian.
Mesyuarat ini turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli. berserta pegawai-pegawai PHI. Turut hadir sama adalah pegawai serta kakitangan PERNAS.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan kerjasama bagi program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX) yang akan diadakan pada masa terdekat.
Mesyuarat juga turut membincangkan kolaborasi program yang melibatkan entiti perniagaan khususnya kumpulan francais yang berminat untuk melebarkan operasi di Pulau Pinang.
Pada 23 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (BPH JHEAIPP) telah menyertai mesyuarat bersama pasukan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) secara atas talian.
Mesyuarat ini turut dihadiri Puan Noraine binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah BPH JHEAIPP bersama kakitangan berserta pegawai-pegawai PHI. Turut hadir sama adalah pegawai serta kakitangan AIM.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan kerjasama bagi program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang khususnya bagi meningkatkan prospek pemegang pensijilan halal dari golongan wanita dan ibu tunggal.
Inisiatif yang dicadangkan ini juga berhasrat untuk meningkatkan taraf ekonomi usahawan di bawah bimbingan AIM seterusnya menyediakan mereka ke arah pensijilan halal.
Pada 22 April 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan satu kunjungan hormat dan mesyuarat bersama Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bertempat di Ibu Pejabat Agrobank, Kuala Lumpur yang diketui oleh En. Mohamad Khairil Ahmad, Pengurus PHI dan Pn. Isharina Basri, Pen. Pengurus PHI.
Mesyuarat ini dihadiri oleh En. Rosli bin Jusoh, Head, Agrobank Centre of Excellence bersama Pn. Azlida binti Othman, Section Head, Halal Development Section, Agrobank Centre of Excellence.
Antara agenda yang dibincangkan, mempromosi dan memperkenalkan penganjuran program Penang International Halal Expo (PIHEX) yang dijadualkan berlangsung pada 19 – 21 Jun 2026 bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan meneliti potensi kolaborasi strategik sepanjang program berlangsung, khususnya dalam usaha menarik penyertaan masyarakat setempat dan komuniti. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh pembangunan ekosistem halal serta memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara.
Pada 17 April 2026- Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang telah melaksanakan semakan terakhir permohonan MyEHalal bagi syarikat di bawah bimbingan PHI iaitu Mami Ruby Enteprise yang mengusahakan premis makanan dan katering.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak syarikat serta didoakan agar permohonan MyEHalal akan dapat diterima dengan jayanya.
Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.
Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.
Pada 16 April 2026- Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan satu sesi taklimat pensijilan halal kepada pihak Hotel Pen Mutiara yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Dalam sesi tersebut, pegawai PHI turut menyampaikan penerangan menyeluruh berkaitan inisiatif pensijilan halal, termasuk panduan penyediaan dokumen melalui sistem MyEHalal serta kaedah penyusunan dan penyenaraian bahan ramuan yang mematuhi keperluan pensijilan.
Selain itu, PHI juga memainkan peranan penting dalam memperkasa usaha pensijilan halal melalui pelaksanaan program berfokus seperti Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang, yang memberi penekanan kepada usahawan bumiputera yang berpendapatan di bawah RM300,000 setahun.
Inisiatif ini merupakan antara komponen utama dalam Teras Pembangunan Sosioekonomi di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030), selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
Pada 16 April 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah melaksanakan lawatan pensijilan halal kotej ke Dodol Dapuq Kayu bertempat di Kampung Labuk Banting, Seberang Perai Utara
Lawatan ini bertujuan memberikan bimbingan kepada pihak syarikat berkaitan penyediaan dokumen pensijilan halal, susun atur pelan premis serta tatacara permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Pada masa yang sama, lawatan ini turut melibatkan pelajar-pelajar latihan industri di bawah seliaan PHI untuk memberi pendedahan bagaimana proses pensijilan halal Malaysia berjalan mengikut prosedur yang telah digariskan.
Program Pensijilan Halal Kotej ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal yang digariskan dalam Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui inisiatif ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan agar industri kotej yang berpotensi dapat diangkat sebagai pemegang sijil halal, seterusnya memperkukuh daya saing serta mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.
Pada 13 April 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan taklimat pensijilan halal kepada premis makanan Kassim Nasi Kandar.
Perjumpaan ini turut dihadiri pemilik Kassim Nasi Kandar dan wakil dari PHI serta BPH. Taklimat berkaitan inisiatif pensijilan halal khususnya bimbingan penyediaan dokumen MyEHalal dan penyenaraian senarai bahan ramuan turut telah disampaikan oleh pegawai terlibat.
Sebagai salah satu negeri yang merekodkan jumlah pemegang sijil halal tertinggi di Malaysia, kerajaan negeri Pulau Pinang menerusi agensinya PHI aktif dalam mempromosikan SPHM kepada usahawan-usahawan yang berpotensi dengan hasrat untuk meningkatkan jumlah pemegang sijil halal dari tahun ke tahun.
Pada 10 April 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan mesyuarat bersama Politeknik Seberang Perai & Wakaf MAINPP bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI) dan turut dihadiri Tn Hj Mohd Ruzi bin Hamzah (Pengarah Politeknik Seberang Perai) serta delegasi dan wakil daripada Wakaf MAINPP.
Sepanjang mesyuarat ini berlangsung, antara perkara yang telah dibincangkan antaranya berkaitan persediaan Penang International Halal Expo (PIHEX) yang akan diadakan di Politeknik Seberang Perai.
Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan tentang pengisian program sepanjang PIHEX yang mensasarkan penyertaan mahasiswa dan anak muda serta masyarakat setempat di Seberang Perai.











