3 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke outlet Mixue yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera serta beroperasi di Bertam Indah.
23 Mei 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menerima kunjungan delegasi dari Halal Institute, Prince Songkhla University, Hatyai Thailand bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JHEAIPP, Lebuh Pantai. Delegasi dari Thailand diketuai Associate Profesor Dr Asman Taeali dan pelawat seramai 23 orang terdiri dari kakitangan akademik dan sokongan.
Turut sama terlibat dalam lawatan ini ialah En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama kakitangan serta Puan Nur Hanisah binti Othman dan Puan Norhasni binti Othman, Pegawai Teknologi Makanan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP bersama kakitangan.
Antara objektif lawatan delegasi Thailand ini adalah untuk mempelajari ekosistem industri halal di Pulau Pinang dan mempromosikan The World Halal Products Exhibition (HAPEX) yang akan berlangsung pada 31 Jul-3 Aug 2025 di ICC Hatyai, Songkhla Thailand.
Pada masa yang sama, PHI dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP turut berkongsi input tentang fungsi dan peranan kedua-dua jabatan dan agensi khususnya dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pengalaman dalam memproses 9 skim pensijilan halal JAKIM.
22 Mei 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat HairCo Profesional Salon yang beroperasi di Bandar Perda, Seberang Perai Tengah
22 Mei 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Dapur Makton yang beroperasi di Evoke Jalan Baru, Seberang Jaya.
20 Mei 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat PG Two Fuji Sdn Bhd yang beroperasi di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan.
17 Mei 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menyertai Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas.
16 Mei 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke Al Aisha Catering yang beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang.
12 Mei 2025 -Pulau Pinang melakar sejarah baharu di dalam perkembangan industri halal di negara ini apabila menjadi negeri pertama menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang (MPIHPP) melalui pelancarannya secara rasmi pada 12 Mei 2025 bertempat di Hotel The Light, Seberang Jaya.
Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia, majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Majlis Pembangunan Industri Halal Pulau Pinang, YB Dato’ Hj Zulkifli Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Hj Rashidi bin Zinol, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Fahmi Zainol, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dif-dif kehormat yang terdiri dari Agensi dan Jabatan Negeri & Persekutuan
Satu MoU antara PERDA dan Penang Halal International Sdn. Bhd., (sebuah agensi di bawah Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang) telah dimeterai bagi mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal di Pulau Pinang. Turut disampaikan sijil pelantikan 25 ahli majlis MPIHPP melibatkan Jabatan dan Agensi Negeri & Persekutuan.
5 Mei 2025 – Penang Halal International telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bilangan 1 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR.
Dipengurusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International, mesyuarat ini juga turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan perbincangan program-program baharu untuk menarik lebih ramai rakyat mendapat kesedaran mengenai industri halal.
30 April 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke Mutiara Deens Frozen Sdn Bhd yang beroperasi di Cerok Tokun, Bukit Mertajam.











