17 Jun 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menyertai Karnival Islami Masyarakat Madani Negeri Pulau Pinang bertempat di SMK Penanti, Permatang Pauh.

Sepanjang program ini berlangsung, PHI juga telah membuka kaunter pameran bagi mempromosikan inisiatif pensijilan halal Pulau Pinang dan pada masa yang sama, turut diadakan kuiz interaktif berkenaan pensijilan halal Malaysia kepada para pelajar sekolah.

11 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke Syarikat Aina Sari Enterprise yang beroperasi di Pusat Pemprosesan Produk (PUSPRO) FAMA, Kg Selamat, Tasek Gelugor.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

11 Jun 2025 – Susulan lawatan dari pengusaha restoran Mee Tarik yang berhasrat untuk memohon sijil pengesahan halal Malaysia pada 23 Mei yang lalu, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Mi Daging Lembu Lanzhou yang beroperasi di Seberang Jaya.

Kakitangan yang terlibat juga telah melakukan pra audit permis untuk melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan sepanjang tempoh permohonan sijil halal.

11 Jun 2025 – sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke syarikat Mamazola Enteprise yang beroperasi di Pusat Pemprosesan Produk (PUSPRO) FAMA, Merbau Kudong, Sg Dua.

Lawatan ini juga turut disertai Penolong Pengurus Besar Jabatan Operasi Kutipan Zakat MAINPP, Ustaz Muhammad Shahril Bin Mohd Nasir di mana usahawan ini di bawah bimbingan ZAKAT MAINPP. Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

11 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke restoran D’Tandoor yang beroperasi di Jalan Baru, Perai Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

9 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menerima kunjungan Restoran Hameediyah yang beroperasi di cawangan Perai, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

5 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Nasi Lemak Burung Hantu yang beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

5 Jun 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah mengadakan satu perbincangan strategik telah diadakan melibatkan agensi-agensi agama Islam iaitu Zakat MAINPP, Penang Halal International serta Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ybhg. Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Mohamed Noor.

Perbincangan ini berkisarkan tentang bagaimana agensi-agensi Islam di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang boleh memainkan peranan bagi membantu usahawan bumiputera dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi ummah melalui Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030.

5 Jun 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke Syndicate Coffee yang beroperasi di menara KOMTAR.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan kesedaran pensijilan halal, penyediaan dokumen , semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.

4 Jun 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melaksanakan satu program walkabout melibatkan kerjasama antara pihak Penang Halal International , Ahli Majlis MBPP dan Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan penerangan serta kesedaran kepada para peniaga mengenai kepentingan mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia dan Lesen Premis Perniagaan yang sah. Inisiatif ini juga bertujuan memastikan para peniaga mematuhi piawaian kebersihan, keselamatan makanan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Kegagalan mengikuti kesemua syarat syarat seperti yang dinyatakan, bakal dikenakan penalti/kompaun dari pihak MBPP. Perjumpaan secara terus kepada peniaga peniaga kecil ini sedikit sebanyak membuka mata mereka tentang kesedaran yang diterangkan.

Semoga usaha ini dapat meningkatkan keyakinan pengguna serta memperkukuh imej perniagaan yang mematuhi syariah dan undang-undang.