Pada 11 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bertempat di Ibu Pejabat KEDA, Alor Setar, Kedah.
Mewakili PHI dalam pertemuan ini adalah Pn Nazirah Hassan (Penolong Pengurus PHI), En Muhammad Irsyad Kamaruzzaman (Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat) dan Pn Norasyikhin Roslin (Eksekutif Kewangan) manakala pihak KEDA diwakili Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi (Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan), Encik Muhammad Luqman Bin Nazari (Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan) dan para pegawai dari Bahagian Pembangunan Usahawan KEDA.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak KEDA sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.
Pada 7 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) bertempat di Ibu Pejabat STeP, Ipoh, Perak
Mewakili PHI dalam pertemuan ini adalah Pn Isharina Basri (Penolong Pengurus PHI), En Muhammad Irsyad Kamaruzzaman (Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat), Cik Nur Shahidah Syed Mohamad (Pegawai Media) dan Pn Siti Nur Syafiqah Maziduddin (Setiausaha) manakala pihak STep diwakili Encik Mohamad Rozlan bin Mohamad Razalli (Pengarah STeP) dan para pegawai.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak Sekretariat Usahawan Negeri Perak sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) adalah sebuah badan korporat yang bertanggungjawab dalam menerajui pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi Negeri Kelantan, berlandaskan prinsip-prinsip Islam untuk
kesejahteraan Ummah di negeri Kelantan Darul Naim.
Pada 6 Mei 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
Sesi kunjungan ini berlangsung di Pejabat PKINK yg terletak di Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani, 15710, Kota Bharu Kelantan telah dihadiri oleh En. Mohd Khairil, (Pengurus PHI) , Encik Muhd Amir ( Pegawai Kanan Pentadbiran) dan En. Muhd Nur Hakimi ( Pegawai Pengurusan Data). Pihak PKINK pula diwakili oleh Tuan Mohd Shukry Bin Adam (Timbalan Pengurus Pembangunan Usahawan dan Pelaburan Kumpulan) ,Puan Azila Binti Arifin (Penolong Pegawai Tadbir) dan Puan Fatin Farhana Binti Zulkifli (Pembantu Tadbir)
Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik antara agensi-agensi Islam di Pulau Pinang, khususnya dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta memperkasa sektor pembangunan usahawan dari aspek pendedahan peluang perniagaan dan siap siaga usahawan dlm menembus pasaran luar negeri .Selain itu, ruang kolaborasi yang berimpak tinggi turut diterokai bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Halal secara holistik.
Dalam masa yang sama, Pengurus PHI telah menyampaikan jemputan rasmi kepada PKINK untuk menyertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai. Program ini dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 Jun 2026.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan serta memacu pertumbuhan ekosistem halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional.
Pada 5 Mei 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Sesi kunjungan ini berlangsung di Wisma Sri Pahang dan telah dihadiri oleh En. Mohd Khairil, (Pengurus PHI) , Encik Muhd Amir ( Pegawai Kanan Pentadbiran) dan En. Muhd Nur Hakimi ( Pegawai Pengurusan Data). Pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pula diwakili oleh Tuan Muhd Farizul (Penolong Setiausaha Kanan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Pahang,Bahagian Perancang Ekonomi Pahang) ,Cik Zaireen Alin Nurafini ( Penolong Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang bersama pegawai-pegawai pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik antara agensi-agensi Islam di Pulau Pinang, khususnya dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta memperkasa sektor pendidikan tinggi. Selain itu, ruang kolaborasi yang berimpak tinggi turut diterokai bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Halal secara holistik.
Dalam masa yang sama, Pengurus PHI telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Pejabat Setiausaha Negeri Pahang untuk menyertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai. Program ini dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 Jun 2026.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan serta memacu pertumbuhan ekosistem halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 5 Mei 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Sesi kunjungan ini berlangsung di Pejabat KETENGAH yg terletak di Al Muktafi Billah Shah, Terengganu dan telah dihadiri oleh En. Mohd Khairil, (Pengurus PHI) , Encik Muhd Amir ( Pegawai Kanan Pentadbiran) dan En. Muhd Nur Hakimi ( Pegawai Pengurusan Data). Pihak KETENGAH pula diwakili oleh Tuan Mohd Faiq (Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan) ,Puan Nurul Farhana (Penolong Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan), Puan Nor Fajariah ( Penolong Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan) bersama pegawai-pegawai KETENGAH.
Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik antara agensi-agensi Islam di Pulau Pinang, khususnya dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta memperkasa sektor pembangunan usahawan dari aspek makanan, pertanian dan penternakan.Selain itu, ruang kolaborasi yang berimpak tinggi turut diterokai bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Halal secara holistik.
Dalam masa yang sama, Pengurus PHI telah menyampaikan jemputan rasmi kepada KETENGAH untuk menyertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai. Program ini dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 Jun 2026.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan serta memacu pertumbuhan ekosistem halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional.
Pada 5 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Program Pembangunan Usahawan PMKS Dapur Sentral Pulau Pinang.
Mewakili PHI ialah En Mohd Azraei bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Program ini merupakan inisiatif Northern Corridor Economic Region (NCER) dengan kerjasama Hong Leong Islamic Bank dalam usaha memperkukuh kapasiti serta meningkatkan daya saing usahawan PMKS, khususnya dalam sektor makanan dan perkhidmatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan turut menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan yang komited dalam menyokong pembangunan keusahawanan di negeri Pulau Pinang.
Pada 30 April 2026, Penang Halal International (PHI) telah mengadakan kunjungan hormat ke Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB Pulau Pinang), sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan industri halal negeri susulan daripada mesyuarat atas talian yang telah dilaksanakan pada 23 April 2026.
Delegasi PHI diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Azraie bin Ramli, bersama Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol, Rektor KITAB Pulau Pinang. Pihak AIM pula diwakili oleh Puan Lailatun Khalilah binti Nasir, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat & Keusahawanan, serta barisan pegawai.
Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada potensi kolaborasi dalam memperkasa sektor keusahawanan halal, di samping memperluas peranan institusi pendidikan dalam menyokong pembangunan bakat dan kapasiti industri. Pendekatan kerjasama yang bersifat inklusif turut diberi penekanan bagi memastikan manfaat dapat dirasai oleh pelbagai lapisan usahawan khususnya melalui kerjasama dalam Program Pensijilan Hala Kotej Pulau Pinang yang menyasarkan penyertaan usahawan dalam kalangan ibu-ibu tunggal.
Dalam sesi yang sama, PHI turut menyampaikan jemputan rasmi kepada AIM untuk menyertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai, dan dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 Jun 2026.
Kunjungan ini diharapkan menjadi pemangkin kepada kerjasama berterusan antara agensi, seterusnya menyumbang kepada pengukuhan ekosistem halal dan keusahawanan yang lebih progresif serta berdaya saing.
Pada 30 April 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan kunjungan hormat ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB Pulau Pinang), sebuah institusi pengajian tinggi milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Sesi kunjungan ini berlangsung di Ibu Pejabat Bank Rakyat, Bangsar, dan telah dihadiri oleh En. Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI) serta Prof. Madya Dr. Wan Nazjmi bin Mohamed Fisol (Rektor KITAB Pulau Pinang). Pihak Bank Rakyat pula diwakili oleh Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak (Ketua Pegawai Syariah) bersama pegawai-pegawai bank.
Kunjungan ini merupakan susulan kepada perbincangan awal yang telah diadakan antara YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, bersama Ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak pada Disember 2025 di Pulau Pinang.
Sepanjang sesi berlangsung, perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama strategik antara agensi-agensi Islam di Pulau Pinang, khususnya dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta memperkasa sektor pendidikan tinggi. Selain itu, ruang kolaborasi yang berimpak tinggi turut diterokai bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Islam secara holistik.
Dalam masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif PHI telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Bank Rakyat untuk menyertai Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai. Program ini dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 20 Jun 2026.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan serta memacu pertumbuhan ekosistem halal yang lebih mampan dan berdaya saing di peringkat negeri dan nasional.
Pada 29 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan (UPEN) bertempat di Pejabat UPEN Selangor.
Mewakili pihak PHI adalah Pn Isharina Basri (Penolong Pengurus) dan Pn Norasyikhin Roslin (Eksekutif). Hadir sama mewakili pihak UPEN adalah En Shafiq Rosli (Penolong Pengarah Seksyen Sektoral).
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak UPEN sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.
Pada 28 April 2026, Penang Halal International (PHI), selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab dalam mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), telah mengadakan satu mesyuarat bersama Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). Mesyuarat ini berlangsung di Bilik Mesyuarat PHI, KOMTAR.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Turut hadir ialah Dato’ Haji Alias bin Haji Ali, Pengarah Urusan Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd., Tn. Haji Rosli bin Jusoh, Head, Agrobank Centre of Excellence, Pn. Azlida binti Othman, Section Head, Halal Development Section, Agrobank Centre of Excellence, Pn. Isharina Basri, Penolong Pengurus PHI, serta wakil Pejabat Agrobank Wilayah Utara.
Mesyuarat ini merupakan susulan daripada pertemuan awal antara PHI dan Agrobank yang telah diadakan pada 22 April 2026. Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan penganjuran Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 19 hingga 21 Jun 2026 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Perbincangan turut meneliti potensi kolaborasi strategik sepanjang program tersebut, khususnya dalam usaha memperluas penyertaan masyarakat setempat dan komuniti.
Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan potensi kerjasama dalam meningkatkan jumlah pemegang sijil halal di Pulau Pinang, khususnya melalui pelaksanaan Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.











