PERASMIAN PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN PMKS DAPUR SENTRAL PULAU PINANG
Pada 5 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perasmian Program Pembangunan Usahawan PMKS Dapur Sentral Pulau Pinang.
Mewakili PHI ialah En Mohd Azraei bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI. Program ini merupakan inisiatif Northern Corridor Economic Region (NCER) dengan kerjasama Hong Leong Islamic Bank dalam usaha memperkukuh kapasiti serta meningkatkan daya saing usahawan PMKS, khususnya dalam sektor makanan dan perkhidmatan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan turut menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan yang komited dalam menyokong pembangunan keusahawanan di negeri Pulau Pinang.




