KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA PIHEX 2026

Pada 11 Mei 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bertempat di Ibu Pejabat KEDA, Alor Setar, Kedah.
Mewakili PHI dalam pertemuan ini adalah Pn Nazirah Hassan (Penolong Pengurus PHI), En Muhammad Irsyad Kamaruzzaman (Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat) dan Pn Norasyikhin Roslin (Eksekutif Kewangan) manakala pihak KEDA diwakili Encik Mohd Ariff bin Mohd Rodzi (Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan), Encik Muhammad Luqman Bin Nazari (Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan) dan para pegawai dari Bahagian Pembangunan Usahawan KEDA.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak KEDA sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.