Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia hadir dan merasmikan Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 pada hari ini! 🌟

Majlis perasmian telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Politeknik Seberang Perai, menandakan komitmen padu dalam memperkasakan lagi ekosistem dan industri halal negara.

📸 Saksikan sekitar liputan gambar sepanjang Majlis Perasmian sebentar tadi!

📌 Ekspo PIHEX 2026 masih berlangsung sehingga esok, 26 Julai 2026 (Ahad)! Pelbagai jualan promosi, pameran inovasi halal, dan aktiviti menarik menanti anda.

Ajak keluarga dan sahabat handai mai beramai-ramai hujung minggu ni. Jumpa anda di sini! 👋🔥

Pakat mai awal pagi ni! Pintu pameran Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 sudah pun dibuka untuk hari kedua! 🎉

Hari ini merupakan hari yang paling kemuncak dan dinanti-nantikan! 🌟

📌 HIGHLIGHT UTAMA HARI INI (25 JULAI – SABTU):

👑 Majlis Perasmian Rasmi oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia!

Selain majlis perasmian, pelbagai gerai jualan promosi produk halal, live podcast, persembahan, dan cabutan bertuah harian sedia menunggu anda dari pagi sampai malam!

📍 Lokasi: Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh

Jom ajak famili dan kawan-kawan. Mai awal, senang nak dapat parking dan berjalan santai! Jumpa anda di sana! 👋🔥

Meriah sungguh suasana hari pertama Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 hari ini! Pakat-pakat mai singgah beramai-ramai, pelbagai jualan promosi, demo produk halal, dan aktiviti menarik menanti anda.

🗓 24 – 26 Julai 2026 (Jumaat – Ahad)

📍 Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh

⭐ Perasmian Rasmi oleh YAB Perdana Menteri esok (25 Julai)!

Jumpa anda di sini! 👋✨

Pada 23 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada Lebanon Restaurant yang beroperasi di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia.

Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal.

Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.

Pada 22 Jun 2026, Penang Halal International telah dijemput oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang bagi menyampaikan ceramah berkenaan Kursus Kesedaran Halal & Home Based Food bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Paya Keladi, Kepala Batas.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PHI, En. Mohd Azraie bin Ramli, yang berkongsi mengenai kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah strategik dalam meningkatkan daya saing usahawan, memperkukuh keyakinan pengguna serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.

Turut diketengahkan ialah taklimat berkaitan Program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang, satu inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang bertujuan membantu usahawan mikro dan perniagaan berasaskan rumah mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara lebih sistematik dan berkesan.

Program ini telah disertai oleh usahawan bimbingan KEMAS yang terdiri daripada pengusaha makanan berasaskan rumah (home-based food), pemilik premis makanan serta perusahaan mikro.

Pada 19 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak NCER yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PHI, En Mohd Azraie bin Ramli bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperkasa pembangunan usahawan dan industri halal di Pulau Pinang

Antara perkara yang dibincangkan adalah peluang penawaran insentif di bawah Program NCER Technology Innovation Centre (NTIC) kepada syarikat yang layak. Program ini menawarkan pelbagai insentif strategik kepada syarikat teknologi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta syarikat pemula niaga melalui geran pemadanan (matching grants), kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta sokongan pembangunan bakat bagi memacu inovasi dan pertumbuhan perniagaan.

Inisiatif ini dilihat berpotensi membantu syarikat-syarikat dalam ekosistem halal meningkatkan keupayaan teknologi, memperkukuh daya saing serta mempercepatkan pengkomersialan produk dan perkhidmatan ke pasaran yang lebih luas.

Pada 18 Jun 2026, Penang Halal International telah mengadakan sesi perbincangan bersama Syarikat EMZI Health Science Sdn Bhd bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan industri Halal khususnya di dalam skim pensijilan halal Peranti Perubatan.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan turut hadir sama pengurusan tertinggi syarikat EMZI Health Science Sdn Bhd dan En Mohamad Hazahari Md Haris, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

PHI komited untuk terus menggalakkan pelaburan serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik bagi memperkasa industri halal, sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab halal yang mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Pada 16 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dengan kerjasama Surau Evoke Pauh Jaya telah menganjurkan Program Sambutan Awal Muharram 1448H yang melibatkan pelbagai pengisian bermanfaat kepada komuniti setempat.

Program tersebut telah diisi dengan aktiviti kerohanian, ceramah penghayatan Maal Hijrah serta pengukuhan ukhuwah dalam kalangan penduduk setempat bagi menyemarakkan semangat perpaduan dan penghayatan nilai-nilai Islam bersempena kedatangan tahun baharu Hijrah.

Dalam usaha memperkasakan ekonomi ummah, PHI turut mengadakan Taklimat Pensijilan Halal Kotej kepada para usahawan yang terdiri daripada penduduk kariah serta komuniti sekitar. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PHI, En. Mohd Azraie bin Ramli, yang menerangkan kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah kepada produk serta peluang untuk memperluaskan pasaran perniagaan secara lebih berdaya saing.

Selain itu, sesi perkongsian turut memberi pendedahan mengenai prosedur permohonan pensijilan halal, syarat-syarat asas yang perlu dipenuhi serta inisiatif sokongan yang disediakan oleh PHI bagi membantu usahawan memperoleh pensijilan halal dengan lebih mudah dan sistematik.

Pada masa yang sama, PHI turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada pihak Surau Evoke berupa kerusi lipat dan papan rehal bagi menyokong pelaksanaan aktiviti keagamaan, majlis ilmu serta program kemasyarakatan yang dianjurkan di surau tersebut. Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat berpanjangan kepada para jemaah dan memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara PHI dan komuniti setempat.

PHI komited untuk terus melaksanakan program-program berbentuk pendidikan, pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem halal serta kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang.

Pada 12 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama SIRIM Berhad bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta pembangunan modal insan.

Perbincangan tersebut turut menyentuh beberapa inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, termasuk program peningkatan kompetensi industri, pembangunan bakat serta pengukuhan jaringan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

PHI menyambut baik komitmen SIRIM dalam menyokong usaha memperkasakan ekosistem halal dan standard kualiti di Malaysia. Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan, graduan serta pemain industri untuk meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran mereka.

Pada 11 Jun 2026, Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri yang berperanan mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi bimbingan pensijilan halal kepada syarikat Habibah Meat yang beroperasi di Batu Lanchang, Pulau Pinang.

Sesi bimbingan ini bertujuan membantu pihak syarikat memahami keperluan pensijilan halal secara lebih menyeluruh serta memastikan proses permohonan SPHM dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia. Selain memberi penerangan berkaitan keperluan pensijilan, sesi ini turut menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan halal yang relevan dengan operasi syarikat.

Dalam sesi tersebut, kakitangan PHI telah melaksanakan semakan awal terhadap dokumen-dokumen berkaitan serta memberikan khidmat nasihat mengenai tatacara penyediaan dan pengurusan dokumentasi halal. Pihak syarikat turut dibimbing mengenai keperluan yang perlu dipatuhi semasa proses pengauditan halal, termasuk aspek rekod, prosedur operasi, kebolehkesanan bahan mentah dan pelaksanaan sistem jaminan halal yang berkesan.