MESYUARAT BERSAMA SIRIM BERHAD

Pada 12 Jun 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama SIRIM Berhad bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan industri halal serta pembangunan modal insan.

Perbincangan tersebut turut menyentuh beberapa inisiatif yang berpotensi dilaksanakan secara bersama, termasuk program peningkatan kompetensi industri, pembangunan bakat serta pengukuhan jaringan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

PHI menyambut baik komitmen SIRIM dalam menyokong usaha memperkasakan ekosistem halal dan standard kualiti di Malaysia. Kerjasama ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada usahawan, graduan serta pemain industri untuk meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran mereka.