MAJLIS PERASMIAN RASMI PIHEX 2026!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia hadir dan merasmikan Penang International Halal Expo (PIHEX) 2026 pada hari ini! 🌟

Majlis perasmian telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Politeknik Seberang Perai, menandakan komitmen padu dalam memperkasakan lagi ekosistem dan industri halal negara.

📸 Saksikan sekitar liputan gambar sepanjang Majlis Perasmian sebentar tadi!

📌 Ekspo PIHEX 2026 masih berlangsung sehingga esok, 26 Julai 2026 (Ahad)! Pelbagai jualan promosi, pameran inovasi halal, dan aktiviti menarik menanti anda.

Ajak keluarga dan sahabat handai mai beramai-ramai hujung minggu ni. Jumpa anda di sini! 👋🔥