MESYUARAT BERSAMA SYARIKAT EMZI HEALTH SCIENCE SDN BHD
Pada 18 Jun 2026, Penang Halal International telah mengadakan sesi perbincangan bersama Syarikat EMZI Health Science Sdn Bhd bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam pembangunan industri Halal khususnya di dalam skim pensijilan halal Peranti Perubatan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan turut hadir sama pengurusan tertinggi syarikat EMZI Health Science Sdn Bhd dan En Mohamad Hazahari Md Haris, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
PHI komited untuk terus menggalakkan pelaburan serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik bagi memperkasa industri halal, sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai hab halal yang mampan dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.




