KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA PIHEX 2026
Pada 29 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan (UPEN) bertempat di Pejabat UPEN Selangor.
Mewakili pihak PHI adalah Pn Isharina Basri (Penolong Pengurus) dan Pn Norasyikhin Roslin (Eksekutif). Hadir sama mewakili pihak UPEN adalah En Shafiq Rosli (Penolong Pengarah Seksyen Sektoral).
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan penerangan program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX 2026) yang akan diadakan pada 19 hingga 21 Jun 2026 dan jemputan kepada pihak UPEN sebagai pempamer bagi memeriahkan acara ini.




