LAWATAN PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANG
Pada 30 Mac 2026- Penang Halal International (PHI) selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah melaksanakan lawatan pensijilan halal kotej di Pulau Pinang ke syarikat Mamu Muruku Enterprise.
Lawatan ini bertujuan memberi bimbingan kepada pihak syarikat berkaitan penyediaan dokumen pensijilan halal, susun atur pelan premis serta tatacara permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). PHI turut membantu dalam pendaftaran akaun MyeHALAL bagi memastikan kesiapsiagaan syarikat sepanjang proses permohonan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).
Melalui pelaksanaan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan industri kotej berpotensi dapat diangkat sebagai pemegang sijil halal serta memperkukuh daya saing perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.




