MESYUARAT BERSAMA AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Pada 23 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (BPH JHEAIPP) telah menyertai mesyuarat bersama pasukan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) secara atas talian.

Mesyuarat ini turut dihadiri Puan Noraine binti Hamzah, Ketua Penolong Pengarah BPH JHEAIPP bersama kakitangan berserta pegawai-pegawai PHI. Turut hadir sama adalah pegawai serta kakitangan AIM.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan kerjasama bagi program Pensijilan Halal Kotej Pulau Pinang khususnya bagi meningkatkan prospek pemegang pensijilan halal dari golongan wanita dan ibu tunggal.

Inisiatif yang dicadangkan ini juga berhasrat untuk meningkatkan taraf ekonomi usahawan di bawah bimbingan AIM seterusnya menyediakan mereka ke arah pensijilan halal.