MESYUARAT BERSAMA PERBADANAN NASIONAL BERHAD

Pada 24 April 2026, Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menyertai mesyuarat bersama pasukan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) secara atas talian.

Mesyuarat ini turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli. berserta pegawai-pegawai PHI. Turut hadir sama adalah pegawai serta kakitangan PERNAS.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan cadangan kerjasama bagi program Penang International Halal Expo 2026 (PIHEX) yang akan diadakan pada masa terdekat.

Mesyuarat juga turut membincangkan kolaborasi program yang melibatkan entiti perniagaan khususnya kumpulan francais yang berminat untuk melebarkan operasi di Pulau Pinang.