MESYUARAT BERSAMA POLITEKNIK SEBERANG PERAI & WAKAF MAINPP

Pada 10 April 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah mengadakan mesyuarat bersama Politeknik Seberang Perai & Wakaf MAINPP bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan En Mohd Azraie bin Ramli (Ketua Pegawai Eksekutif PHI) dan turut dihadiri Tn Hj Mohd Ruzi bin Hamzah (Pengarah Politeknik Seberang Perai) serta delegasi dan wakil daripada Wakaf MAINPP.

Sepanjang mesyuarat ini berlangsung, antara perkara yang telah dibincangkan antaranya berkaitan persediaan Penang International Halal Expo (PIHEX) yang akan diadakan di Politeknik Seberang Perai.

Pada masa yang sama, mesyuarat turut membincangkan tentang pengisian program sepanjang PIHEX yang mensasarkan penyertaan mahasiswa dan anak muda serta masyarakat setempat di Seberang Perai.