LAWATAN KE SYARIKAT PEMBORONG AYAM AK(M) SDN BHD

Pada 8 September 2026, Penang Halal International telah menerima kehadiran daripada Syarikat Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), sebuah syarikat anak milikan penuh di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan Program Pembangunan Ekonomi untuk golongan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor bersempena kunjungan lawatan kerja ke Pulau Pinang.

Turut hadir mengiringi lawatan ini adalah En Mohd Azraie bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama para pegawai manakala TERAS pula dihadiri En Mohd Hasnul Redza bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai TERAS.

Antara objektif lawatan kerja ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti produk-produk berpotensi di sekitar Pulau Pinang yang mempunyai nilai pasaran serta boleh membantu meningkatkan rantaian ekonomi tempatan.

Lawatan seterusnya diteruskan dengankunjungan ke Pemborong Ayam AK (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti pemborongan dan pembekalan ayam segar. Selain membekalkan ayam segar kepada pelanggan dan perniagaan, syarikat ini turut mengembangkan perniagaan melalui jenama Papa Din Fried Chicken yang menawarkan produk ayam goreng kepada pengguna.

Penglibatan dalam rantaian bekalan serta perniagaan makanan ini memperlihatkan kepelbagaian operasi syarikat dalam memenuhi permintaan pasaran terhadap produk berasaskan ayam. Syarikat ini juga merupakan pembekal ayam segar yang telah mendapat pensijilan halal daripada JAKIM, sekali gus memastikan aspek pematuhan halal diberi perhatian dalam operasi perniagaan.

Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Encik Mohd Redzuan bin A Osman, Pengarah Pemborong Ayam AK (M) Sdn. Bhd.