MAJLIS PERASMIAN PENUTUP EKSPO PERDA (XPERT) 2026
Pada 4 Oktober 2026, Penang Halal International selaku rakan strategik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah bekerjasama bagi menjayakan majlis perasmian penutup Ekspo PERDA (XPERT) yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Hadir sama di dalam majlis penutup ini adalah YB Dato’ Hj Rashidi Zinol, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YBhg Dato Abdul Kahar Abdullah, TKSU Dasar KKDW, YBhg Dato’ Hj Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA bersama-sama ketua jabatan dan agensi negeri.
Pada masa yang sama, turut dilancarkan secara rasminya program Jelajah Penang Halal Xperience yang akan dikelolakan oleh Penang Halal International.
Jelajah Penang Halal Xperience merupakan satu inisiatif bersama agensi-agensi kerajaan bagi memperluas promosi dan memperkenalkan ekosistem halal Pulau Pinang kepada masyarakat, di samping meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kepentingan memilih produk dan perkhidmatan yang mempunyai pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
YB Dato Dr Mohamad bin Abdul Hamid juga turut menyampaikan penyerahan Program Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi industri kotej kepada dua usahawan bimbingan PHI iaitu Syarikat Trio Bangkit Enterprise dan Mami Ruby Enterprise.




