Bengkel Tahsin Al Quran Negeri Pulau Pinang
9 Jun 2024 – Penang Halal International turut serta di dalam Bengkel Tahsin Al-Qur’an Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Pemikiran dan Ketamadunan Islam Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Jamek Sungai Duri, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
PHI telah membuka ruang pameran bagi menerangkan tentang inisiatif pensijilan halal Malaysia dan penerangan berkaitan halal-haram kepada pengunjung yang turut singgah ke ruang pameran. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti kuiz soal jawab dan permainan interaktif berkaitan halal.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!