Sesi Kunjung Hormat Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak Ke Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP Dan PHI
10 April 2025 – Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi mempromosikan pensijilan halal Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Perak bertempat di bilik mesyuarat PHI.
Sesi kunjung hormat ini juga turut disertai En Mohd Azraie Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan kakitangan bersama Ustazah Nor Liza Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP serta kakitangan BPH JHEAIPP. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan perkongsian pengalaman kerjasama antara dua agensi bagi meningkatkan jumlah pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan daya potensi industri halal ke tahap yang tertinggi.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!