Majlis Sambutan Aidilfitri Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bersama Agensi-Agensi Islam
17 April 2025 – Penang Halal International selaku agensi bertanggungjawab bagi mempromosikan pensijilan halal Malaysia dengan kerjasama agensi-agensi Islam di bawah YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri bertempat di SPICE Arena, Bayan Baru.
Acara ini telah dihadiri lebih kurang 5,000 orang pengunjung dari kawasan sekitar. Pelbagai aneka juadah turut dihidangkan bagi meraikan tetamu daripada pelbagai agama dan bangsa dan majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!