Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Penang Halal International Bilangan 1
5 Mei 2025 – Penang Halal International telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bilangan 1 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR.
Dipengurusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International, mesyuarat ini juga turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan perbincangan program-program baharu untuk menarik lebih ramai rakyat mendapat kesedaran mengenai industri halal.