Lawatan Dari Halal Institute, Prince Songkhla University Hatyai Ke Penang Halal International Dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP

23 Mei 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal bersama Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah menerima kunjungan delegasi dari Halal Institute, Prince Songkhla University, Hatyai Thailand bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JHEAIPP, Lebuh Pantai. Delegasi dari Thailand diketuai Associate Profesor Dr Asman Taeali dan pelawat seramai 23 orang terdiri dari kakitangan akademik dan sokongan.

Turut sama terlibat dalam lawatan ini ialah En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI bersama kakitangan serta Puan Nur Hanisah binti Othman dan Puan Norhasni binti Othman, Pegawai Teknologi Makanan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP bersama kakitangan.

Antara objektif lawatan delegasi Thailand ini adalah untuk mempelajari ekosistem industri halal di Pulau Pinang dan mempromosikan The World Halal Products Exhibition (HAPEX) yang akan berlangsung pada 31 Jul-3 Aug 2025 di ICC Hatyai, Songkhla Thailand.

Pada masa yang sama, PHI dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP turut berkongsi input tentang fungsi dan peranan kedua-dua jabatan dan agensi khususnya dalam mempromosikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pengalaman dalam memproses 9 skim pensijilan halal JAKIM.