Perbincangan Walkabout Agensi Agama Islam Bersama Zakat MAINPP, Penang Halal International Dan Ahli Majlis MBPP
5 Jun 2025 -Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah mengadakan satu perbincangan strategik telah diadakan melibatkan agensi-agensi agama Islam iaitu Zakat MAINPP, Penang Halal International serta Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ybhg. Tuan Haji Mohamed Yusoff bin Mohamed Noor.
Perbincangan ini berkisarkan tentang bagaimana agensi-agensi Islam di bawah Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang boleh memainkan peranan bagi membantu usahawan bumiputera dan seterusnya meningkatkan sosioekonomi ummah melalui Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030.