Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Penang Halal International Bilangan 2
3 Julai 2025 – Penang Halal International telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Bilangan 2 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1, KOMTAR.
Dipengerusikan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International, mesyuarat ini juga turut dihadiri barisan ahli lembaga pengarah. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan perbincangan program-program dan inisiatif bagi mempromosikan sijil pengesahan Halal Malaysia.