Bootcamp Usahawan Bumiputera Siri 1 2025

15 Julai 2025 – Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah menganjurkan program Bootcamp Usahawan Bumiputera siri 1 2025 pada 13-15 Julai 2025 bertempat di De Garden Hotel, Butterworth, Pulau Pinang dan telah dihadiri seramai 150 peserta yang terdiri daripada kumpulan usahawan merangkumi pelbagai sektor dan bidang.

Program ini juga telah dilaksanakan secara bersama melalui kolaborasi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan agensi-agensi di bawah MMK Perdagangan, Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Pulau Pinang seperti MARA, RISDA, PERDA dan lain-lain. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai pengisian telah dijalankan bagi memberi input-input baharu kepada usahawan bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang tertinggi.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Rashidi bin Zinol. EXCO Perdagangan, Pembangunan Luar Bandar & Keusahawanan Pulau Pinang.