PHI Membimbing Usahawan ke Arah Pensijilan Halal

18 Julai 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan kunjungan ke premis makanan Kieda Crepe yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan berkenaan penyediaan dokumen , semakan susun atur kedudukan barangan dan pelan kilang, semakan produk, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.