PERBINCANGAN CADANGAN KOLABORASI PENYELIDIKAN ANTARA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) DAN PENANG HALAL INTERNATIONAL

26 September 2025 -Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menerima kunjungan dari DR. Siti Norhasmaedayu Mohd Zamani, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik Universiti Utara Malaysia bagi membincangkan cadangan kolaborasi penyelidikan antara UUM dan PHI.

PHI telah diwakili En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus bersama kakitangan dan pelajar latihan industri turut menyertai perbincangan ini sebagai pendedahan awal.
Antara input-input yang dibincangkan adalah bagaimana PHI selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang dapat berkongsi maklumat bagi memantapkan kajian yang akan dilaksanakan kelak.