KUNJUNG HORMAT PENANG HALAL INTERNATIONAL DAN BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL JHEAIPP KE BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR

7 Oktober 2025, -Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bersama-sama Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP telah meneruskan kunjungan ke pejabat Bahagian Pengurusan Halal (BPH), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) bagi sesi taklimat dan penerangan mengenai fungsi serta peranan jabatan masing-masing.

Para delegasi telah disantuni oleh Tuan Haji Taufik, Ketua Penolong Pengarah BPH JAIJ. Turut hadir dan dijemput untuk memberikan taklimat ialah wakil daripada agensi di bawah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), iaitu PIJ Halal Ventures (PHV) dan JT Lab.

Sebagai penutup lawatan, para delegasi telah dijemput menghadiri majlis makan malam bersama BPH JAIJ dan rakan strategiknya, PHV, yang bertindak sebagai hos bagi meraikan para tetamu.