TAKLIMAT PENSIJILAN HALAL KOTEJ PULAU PINANG

10 Februari 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menghadiri sesi taklimat kepada penjaja di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seberang Perai bertempat di Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Pada masa yang sama, PHI telah melaksanakan sesi taklimat pensijilan halal kotej Pulau Pinang yang telah disampaikan oleh En Mohamad Khairil bin Ahmad selaku Pengurus PHI. PHI juga telah membuka kaunter pameran informasi bagi menerangkan berkenaan inisiatif pensijilanhalal kotej yang turut disokong oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Pensijilan Halal Kotej merupakan merupakan salah satu pelan tindakan yang diletakkan di bawah Strategi Pengembangan Sosioekonomi melalui Ekosistem Industri Halal di bawah teras Pembangunan Sosioekonomi, Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030).

Melalui pelan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk memastikan industri kotej yang berpotensi untuk diangkat menjadi salah satu pemegang sijil halal seterusnya mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Bagi usahawan bumiputera mikro yang berminat dengan program ini, sila hubungi pejabat di talian +6042625444.