MESYUARAT PERBINCANGAN INISIATIF PEMBIAYAAN MIKRO-I SUTERA
26 Februari 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menyertai Mesyuarat Perbincangan Inisiatif Pembiayaan Mikro-I Sutera yang bertempat di Bilik Mutiara Cemerlang, Tingkat 2 Bangunan PERDA.
PHI telah diwakili oleh YBrs. En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan turut dihadiri wakil-wakil agensi seperti Wakaf MAINPP dan Zakat MAINPP
Dalam mesyuarat yang dijalankan, pelbagai perkara telah dibincangkan berkaitan pembiayaan Mikro-i SUTERA yang disediakan oleh Bank Rakyat kepada usahawan asnaf Pulau Pinang dan pembiayaan ini juga mempunyai had maksimum sehingga RM10,000.00 serta terbuka kepada warganegara Malaysia.
Selaku agensi Islam di bawah pentadbiran Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, PHI turut memainkan peranan bagi mengukuhkan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi melalui Strategi Pengembangan Sosioekonomoli Melalui Ekosistem Industri Halal.
Industri halal di Pulau Pinang juga turut mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan di mana negeri ini merupakan antara pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia aktif tertinggi selepas Selangor, Johor, dan Perak.




