MESYUARAT BERSAMA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

Pada 17 Mac 2026- Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah menghadiri mensyuarat bersama Kementerian Pertania dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertempat di Ibu Pejabat KPKM, Putrajaya.

Mesyuarat ini turut dihadiri En Mohd Azraie bin Ramli selaku Ketua Pegawai Eksekutif PHI dan dipengerusikan YBhg Datuk Dr Mohd Hanif bin Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani.

Pihak PHI telah membentangkan tentang perancangan Penang International Halal Expo (PIHEX) yang akan diadakan pada masa terdekat. Pada masa yang sama, En Mohd Azraie turut berkongsikan tentang perjalanan aktiviti PHI yang turut mempromosikan pensijilan halal kepada usahawan khususnya dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.