PHI MEMBIMBING USAHAWAN KE ARAH PENSIJILAN HALAL MALAYSIA
Pada 26 Mac 2026-Penang Halal International selaku agensi kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mempromosi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) telah mengadakan taklimat kepada premis makanan Restoran ABox yang beroperasi di Georgetown, Pulau Pinang.
Kakitangan juga telah melaksanakan penerangan berkaitan Skim Pensijilan Halal Malaysia dan tatacara prosedur serta peraturan yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Lawatan ini juga turut melibatkan pelatih industri PHI yang sedang menjalani sesi internship sebagai pendedahan bagaimana proses permohonan pensijilan halal JAKIM yang dilaksanakan oleh syarikat berminat.



