LAWATAN BIMBINGAN PENSIJILAN HALAL
Pada 15 September 2026, Penang Halal International (PHI) telah melaksanakan lawatan bimbingan pensijilan halal kotej ke Nina Shop yang beroperasi di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam dan merupakan syarikat yang menghasilkan produk makanan seperti bawang putih goreng, bawang goreng dan halia goreng.
Sepanjang sesi bimbingan, pasukan PHI telah meneliti proses penghasilan produk serta memberikan panduan kepada usahawan berhubung aspek bahan mentah, pengendalian makanan, kebersihan, penyimpanan, dokumentasi dan keperluan pematuhan halal.
Bimbingan secara bersemuka ini diharapkan dapat membantu usahawan lebih memahami keperluan pensijilan serta membuat persediaan dengan lebih teratur sebelum mengemukakan permohonan.




