6 Syarikat Telah Sertai SELHAC 2022 Di Bawah Pavillion Pulau Pinang

Share

Pada 4 hingga 6 Mac 2022, Penang Halal International selaku agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyertai Selangor International Halal Convention (SELHAC) 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre. Ekspo ini juga telah dihadiri lebih kurang 1,000 pelawat dan turut disertai 100 pempamer yang terdiri daripada pelbagai agensi persekutuan dan negeri serta usahawan-usahawan merangkumi pelbagai sektor dari seluruh negara.

Sebanyak 6 buah syarikat yang bertapak di Pulau Pinang turut menyertai PHI sepanjang ekspo ini berlangsung yang merangkumi pelbagai produk seperti pesmakanan, inai, biodegredable straw, dan pelbagai produk lagi. Selain itu,PHI juga telah mempromosikan Penang International Halal Expo & Conference yang akan berlangsung pada 1 hingga 3 Julai 2022 kepada agensi dan syarikat yang berminat.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan dan Pengerusi Penang Halal International hadir selaku tetamu jemputan semasa perasmian SELHAC oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Katanya “Pulau Pinang sedia untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam membangunkan industri halal bersama negeri Selangor”

Antara acara lain yang turut berlangsung sepanjang SELHAC adalah Business Matching dan seminar.