PHI sertai Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024
15 Februari 2024 – Penang Halal International telah dijemput untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024 yang bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia.
PHI juga telah membuka kaunter pameran bagi menerangkan tentang inisiatif yang dijalankan oleh agensi serta program-program yang akan dijalankan. PHI juga berbesar hati menerima kunjungan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International ke reruai pameran PHI bagi mendengar taklimat ringkas berkenaan agensi.
Kaunter PHI juga turut menerima kunjungan pelajar USM dan orang awam sepanjang sesi ini berlangsung.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!