Pelancaran Plaza Ramadan 2022

Pada 1 April 2022 (Jumaat), telah berlangsungnya pelancaran Plaza Ramadan 2022 yang telah dilancarkan secara rasmi bertempat di Prangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang. Plaza Ramadan merupakan bazar ramadan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya adalah inisiatif  dan Kerjasama antara MMK Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawah, Penang Halal International, dan Prangin Mall.

Antara tujuan inisiatif ini dilaksanakan adalah untuk membantu menjana semula ekonomi para peniaga mikro, kecil, dan sederhana (SME) yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sekaligus meningkatkan pendapatan mereka ke arah yang lebih baik. Sebanyak 80 tapak gerai dibuka sepanjang Plaza Ramadan ini berlangsung dan para peniaga turut menjual aneka juadah makanan dan minuman, kuih muih, pakaian, barangan keperluan untuk menyambut bulan Ramadan dan Syawal.

YB Dato Hj Abdul Halim Hussain selaku Exco Perdagangan, Industri, & Pembangunan Usahawan Pulau Pinang merangkap Pengerusi Penang Halal International turut hadir bagi memeriahkan majlis serta merasmikan Plaza Ramadan 2022. Turut hadir sama YB Tuan Teh Lai Heng; Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ADUN Komtar, Ybrs En Fazil Irwan Mohd Som; Ketua Pegawai Eksekutif Penang Halal International, Encik Edwin Tan; AJK Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama Prangin Mall, dan Tuan Ir.A.Rajendran; Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *