PHI Membimbing Usahawan ke Arah Pensijilan Halal
28 Februari 2025 – Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperbanyakkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, Penang Halal International selaku agensi yang bertanggungjawab mempromosikan halal telah melakukan lawatan ke restoran D’Tandoor di Perai susulan daripada pertemuan awal yang telah diadakan bersama pihak syarikat pada 24 Februari 2025.
Semasa lawatan susulan yang dibuat pada 28 Februari 2025, kakitangan yang terlibat juga telah membimbing usahawan dari segi penyediaan dokumen , semakan bahan ramuan, dan panduan mengisi sistem MyEHalal.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!